'Mereka tangkap ayam milik penduduk'
Iklan
Kehadiran komuniti Rohingya yang semakin bertambah di beberapa kawasan penempatan di negeri ini menimbulkan keresahan penduduk.
KOTA BHARU – Kehadiran komuniti Rohingya yang semakin bertambah di beberapa kawasan penempatan di negeri ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk tempatan apabila mereka didakwa terlibat dalam pelbagai isu sosial termasuk kebersihan, penggunaan kenderaan tanpa lesen, pencerobohan tanah serta gangguan ketenteraman awam.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan penempatan etnik berkenaan mendapati kebanyakan penduduk tidak menolak kehadiran mereka atas dasar kemanusiaan, namun berharap pihak berkuasa mengambil langkah lebih tegas bagi mengawal pertambahan komuniti tersebut dan menangani pelbagai masalah yang dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu.