SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan pendiriannya mempertahankan komuniti pelarian, termasuk Rohingya, bukan bermaksud menyokong mereka secara membuta tuli, sebaliknya berasaskan prinsip kemanusiaan, keadilan, kedaulatan undang-undang dan keharmonian sosial.
Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata ABIM tidak pernah menafikan kemungkinan wujud masalah dalam kalangan komuniti pelarian, namun sebarang kesalahan perlu ditangani mengikut lunas undang-undang dan bukannya melalui generalisasi terhadap keseluruhan kelompok.