KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak; Tanah Tinggi Cameron di Pahang serta Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).