KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat yang bersekali dengan Mesyuarat Khas PRN Johor ke-16 itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 pada Jumaat lepas.