Sesi persekolahan ditangguh sehingga Covid-19 pulih: Muhyiddin

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara kembali pulih daripada wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sesi persekolahan mungkin tidak akan dibuka lebih awal sehingga kerajaan yakin negara benar-benar pulih daripada wabak berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka," katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Covid-19 sebentar tadi.

Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dapat membantu para petugas kesihatan mengawal penularan Covid-19 ke satu tahap yang agak stabil.

Iklan

Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan Covid-19.

Iklan