10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina
Iklan
Kebakaran melibatkan 10 buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Cina, Kota Bharu pada tengah hari Isnin. Foto JBPM
KOTA BHARU – Sebanyak 10 rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Cina di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi.
Seramai 20 anggota bomba dengan bantuan lima jentera digerakkan bagi mengawal kebakaran. Foto JBPM
Iklan
Menurutnya, anggota dari BBP Kota Bharu dan BBP Kota Darul Naim bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.
"Penilaian awal mendapati kebakaran melibatkan 10 unit rumah jenis separuh kekal dan tidak melibatkan mangsa," katanya pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dengan bantuan lima jentera termasuk dua Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dua lori tangki air digerakkan bagi mengawal kebakaran.
Ujarnya, operasi pemadaman dan kerja-kerja pengawalan masih dijalankan.
"Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>