Sekadar alat pembawa sijil
Iklan
Kajian yang diterbitkan Council of Graduate Schools (2025) mendapati satu daripada dua pelajar gagal menamatkan pengajian PhD mereka. Gambar hiasan
MINGGU lalu, rakyat Malaysia turut meraikan kejayaan anak Malaysia yang begitu terkenal, Dr Nur Amalina Che Bakri apabila beliau berjaya meraih PhD dari universiti berprestij dunia, Imperial College London. Berada di dewan dan berjalan di pentas graduasi Royal Albert Hall yang sama, saya tumpang berbangga.
Pernah menggemparkan negara dengan keputusan SPM yang luar biasa 22 tahun lalu, kecintaan beliau terhadap kembara ilmu nyata masih begitu kuat meskipun boleh memilih selesa dengan gelaran dan jawatan doktor perubatan di kota London kini.