Kes ‘biasa’ yang gegarkan negara
Iklan
Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama.
TANGGAL 16 Julai 2009 bermula seperti hari-hari biasa dalam kehidupan seorang wartawan jenayah. Pagi itu, saya ditugaskan membuat liputan sidang media kejayaan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Sidang media yang berlangsung sekitar jam 11 pagi itu dihadiri Ketua Polis Selangor ketika itu, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan.