Beret PASTAK bukan untuk semua
Iklan
Pasukan PASTAK bersiap siaga berhadapan pelbagai cabaran.
PUTRAJAYA - Operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) bukan lagi tugas biasa buat penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) apabila terdapat situasi menuntut tindakan taktikal, ketahanan mental dan tahap disiplin tinggi.
Penubuhan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh aspek keselamatan dan penguatkuasaan agensi itu, khususnya ketika melaksanakan operasi berisiko tinggi.