Fei-Din juara Terbuka Indonesia

Iklan
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergeluar juara Terbuka Indonesia 2026 menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dalam aksi final penuh sengit di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menutup kempen cemerlang mereka di Terbuka Indonesia 2026 dengan gelaran juara selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dalam aksi final penuh sengit di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Pasangan ranking kelapan dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit selepas tewas set pertama untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 49 minit.