'Selamat kembali Noh Omar, Syed Hamid Albar' - Onn Hafiz
Iklan
Onn Hafiz ketika Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru pada Ahad.
ISKANDAR PUTERI – UMNO menerima suntikan moral menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila dua tokoh veteran parti, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Johor di Johor Bahru pada Ahad.
Kehadiran kedua-dua figura berpengaruh itu mencuri perhatian penyokong dan pemimpin parti, sekali gus dilihat memberi isyarat positif terhadap usaha memperkukuh serta menyatukan kekuatan UMNO menjelang PRN Johor.
Iklan
Iklan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mengalu-alukan kehadiran ramai pemimpin lama termasuklah Noh dan Syed Hamid ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Johor Bahru.
"Ada pemimpin yang sangat ternama dari Selangor hadir hari ini bersama kita, iaitu Tan Sri Noh Omar. Berikan tepukan gemuruh.
Iklan
"Seorang lagi pemimpin veteran. Selamat kembali Tan Sri Syed Hamid. Selamat kembali ke bumi Johor Darul Ta'zim. Tidak lupa juga kepada Ayah Chik saya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya.
Noh dilihat memakai baju berlogo UMNO sambil melambai tangan kepada penyokong, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa beliau antara bekas pemimpin yang kembali bersama parti itu.
Iklan
Kehadiran kedua-dua pemimpin berpengalaman yang merupakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan disambut meriah oleh penyokong dan pimpinan parti yang hadir.
Noh sebelum ini digugurkan keahlian daripada UMNO pada Januari 2023 sebelum kemudiannya menyertai Bersatu, manakala Syed Hamid pula mengumumkan keluar dari parti itu pada 2018.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>