PRN Johor isyarat jelas gelombang biru akan kembali seluruh negara - Ahmad Zahid
Iklan
Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan tengah) bersama Majlis Tertinggi BN menyanyikan lagu parti pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Stadium Tertutup Kompleks Educity hari ini. Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI – Johor perlu menjadi tiang seri kestabilan politik negara dan tapak penyatuan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, negeri ini mempunyai rekod pentadbiran yang membanggakan di bawah kepimpinan generasi muda.
Iklan
Iklan
“Jadikan Johor sebagai tiang seri kestabilan. PRN ini bukan sekadar pilihan raya, tetapi tapak penyatuan rakyat.
"Ini juga isyarat jelas bahawa gelombang biru akan kembali di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada program pelancaran jentera BN Johor di Stadium Educity pada Ahad
Iklan
Beliau berkata, Johor perlu membuktikan bahawa BN masih menjadi sandaran rakyat Malaysia dan PRN kali ini mesti dijadikan medan kebangkitan semula parti itu.
Mengulas kedudukan BN di peringkat nasional, beliau mengakui sumbangan 30 kerusi Parlimen yang dimiliki BN tidak boleh dinafikan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.
Iklan
Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengingatkan seluruh jentera dan ahli parti supaya mengetepikan perbezaan serta tidak membesarkan pertikaian kecil yang boleh menjejaskan usaha meraih kemenangan.
“Kita tidak boleh bertelagah sehingga sengketa kecil menjadi besar. Lupakan soal calon.
"Sama ada menjadi calon atau tidak, calon kita hanya satu iaitu BN. Kita mesti bekerja sekuat-kuatnya demi Johor. BN mesti menang,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.