Sebab PRU16 tidak diadakan sekarang
Iklan
Anwar memberitahu keputusan mengadakan PRU ke-16 tidak akan dibuat sendirian tetapi setelah berunding dengan pemimpin lain dalam PH. Foto fail Bernama
SEHARI sebelum Pakatan Harapan (PH) mengadakan konvensyen tahunannya di Johor Baharu pada 17 Mei lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengisytiharkan BN akan bertanding semua 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengisytiharan itu mengundang kemarahan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pidato berapi-apinya, Anwar membuat serangan balas terhadap kenyataan Onn.