PMX, jangan terperangkap dengan UMNO
Iklan
Anwar Ibrahim
PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri Johor dan Negeri Sembilan minggu ini menandakan politik negara kembali memasuki mod pilihan raya, manakala Melaka juga akan tamat tempoh penggalnya tidak lama lagi.
Dalam keadaan ini, semakin kuat suara dalam UMNO yang mahu beberapa pilihan raya negeri disusun lebih awal, malah ada yang melihatnya sebagai peluang untuk menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan Pilihan Raya Umum ke-16 lebih cepat.