Wanita putus kaki kiri SUV terbabas di LPT2

Iklan
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

DUNGUN - Seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nor Hazamullah Abdullah berkata, wanita berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas.

Iklan
Iklan

Wanita berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas. Foto Bomba

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat

Iklan

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.

Iklan

Nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang. Foto video tular