Johor: Neraca penentu kerajaan Anwar

Iklan
Gagasan PH dan Anwar akan menghadapi PRN Johor dalam semangat dan moral yang rendah berbanding 2022. Foto: Bernama

DALAM seni politik Nusantara, apa yang tersirat lazimnya lebih bermakna daripada yang tersurat. Kebenaran ini tidak pernah terbukti sejelas 1 Jun lalu, apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah dalam intonasi menyindir sekali gus menyelar: Mana-mana individu yang menolak prinsip Rukun Negara tidak layak bergelar warganegara Malaysia. Titah itu tidak perlu menyebut nama, umum tahu dihalakan kepada segelintir pemimpin DAP.

Sejurus itu, petang hari sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi – dengan perkenaan Pemangku Sultan Johor – bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri. Walaupun mandat kerajaan masih berbaki 10 bulan, Johor kini melangkah ke medan pilihan raya negeri (PRN).

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.