Amaran cuaca buruk di lima negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri pada Khamis. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kelantan; Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim manakala Besut di Terengganu.

Iklan
Iklan

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Pakan dan Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu serta Song di Kapit.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Nabawan dan Tambunan di Pedalaman, Papar dan Ranau di Pantai Barat serta Lahad Datu di Tawau. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan