Pulau Pinang laksana kadar tarif air baharu mulai 1 Julai
Iklan
Zairil Khir. Foto Bernama
GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan melaksanakan kadar tarif air baharu bagi pengguna domestik dan bukan domestik bermula 1 Julai ini selepas pelaksanaannya ditangguhkan selama 12 bulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pelarasan itu melibatkan 82 peratus pengguna domestik atau isi rumah yang menggunakan 35 meter padu air atau kurang setiap bulan, dengan kenaikan 8.5 sen atau RM2.55 sebulan.
Iklan
Iklan
"Untuk julat penggunaan pertama, iaitu 20,000 liter pertama (20 meter padu), kenaikannya hanya tiga sen, iaitu daripada 62 sen kepada 65 sen, manakala bagi penggunaan 20,000 liter hingga 35,000 liter (20 meter padu  hingga 35 meter padu), kadar meningkat 13 sen daripada RM1.17 kepada RM1.30.
"Namun, purata pengiraan dibuat berdasarkan penggunaan 35 meter padu pertama kerana itu merupakan penanda aras yang lazim digunakan dalam struktur tarif,” katanya pada sidang media di Komtar di sini pada Khamis.
Iklan
Zairil memaklumkan meskipun berlaku pelarasan yang menyaksikan purata kadar air domestik bagi 35 meter padu pertama ialah RM0.93 bagi setiap meter padu, Pulau Pinang masih menjadi negeri yang mempunyai tarif air paling murah.
Bagi pengguna bukan domestik pula, purata kadar tarif baharu bagi 500 meter padu pertama sebulan ialah RM2.28 bagi setiap meter padu.
Iklan
Beliau berkata, pelarasan tarif itu perlu bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang mampan serta menyokong pelaburan berterusan dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur air di negeri itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, pelarasan tarif itu tidak melibatkan rumah ibadat dan institusi kebajikan, sektor perkapalan dan lain-lain kategori.
Beliau berkata, bagi pengguna yang mempunyai isi rumah besar, mereka boleh memohon rebat melalui Skim Rebat Mesra Keluarga ditawarkan PBAPP, iaitu rebat sebanyak RM20 pada setiap bil air dwibulanan bagi isi rumah yang layak.
Pada 30 Julai tahun lepas, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan kadar air baharu untuk Pulau Pinang serta sembilan negeri lain dan Wilayah Persekutuan Labuan, bagaimanapun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengarahkan PBAPP menangguhkan pelaksanaan kadar baharu itu selama setahun sehingga 1 Julai 2026. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.