Israel, Lubnan setuju laksana gencatan senjata

Iklan
Wakil Amerika Syarikat, Lubnan dan Israel bertemu di Jabatan Negara di Washington, Amerika Syarikat pada 2 Jun 2026. Foto Reuters

WASHINGTON - Lubnan dan Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selepas rundingan di Washington, menurut kenyataan bersama dengan Amerika Syarikat.

Perjanjian itu menetapkan bahawa gencatan senjata hanya akan berkuat kuasa sekiranya semua serangan dihentikan sepenuhnya oleh Hezbollah yang disokong Iran, selain pengunduran kesemua anggotanya dari kawasan selatan Sungai Litani.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan gencatan senjata pada Mei, namun, pertempuran terus berlaku di lapangan.

Konflik memuncak apabila Israel melancarkan operasi ketenteraan ke Lubnan pada Mac bagi memburu Hezbollah yang melancarkan serangan merentasi sempadan sebagai sokongan kepada Teheran.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Iran menegaskan, ia tidak akan menerima sebarang perjanjian untuk menamatkan konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel sekiranya gencatan senjata tidak turut merangkumi Lubnan.

Kedua-dua negara turut mencapai kata sepakat untuk meneruskan rundingan secara langsung bagi membina keyakinan serta menyelesaikan isu-isu tertunggak ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh. - Agensi/Awani

Iklan