Mayat warga emas ditemukan dalam dinding bersimen

Iklan
Akhbar Heute dan Kronen Zeitung melaporkan bahawa mangsa yang maut merupakan seorang warga emas. Foto hiasan

VIENNA - Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah dinding bersimen di sebuah rumah di Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa mengesahkan kepada dpa pada Rabu bahawa polis menemukan mayat berkenaan di sebuah rumah di Münchendorf, yang terletak di selatan Vienna.

Iklan
Iklan

Akhbar Heute dan Kronen Zeitung melaporkan bahawa mangsa yang maut merupakan seorang warga emas.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Vienna memberitahu dpa bahawa kes berkenaan kini sedang disiasat dan bedah siasat telah diarahkan bagi mengenal pasti punca kematian. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu.

Iklan

Menurut sumber rasmi, pasukan penyiasat berjaya memasuki rumah berkenaan pada minggu lepas dengan bantuan daripada pasukan bomba. Wanita itu dilaporkan tidak menetap secara tetap di Münchendorf, sebaliknya menjadikan kediaman itu sebagai rumah keduanya.

Komuniti luar bandar yang dihuni kira-kira 3,000 penduduk itu terletak di pinggir ibu negara Austria.

Iklan

Pejabat pendakwa raya enggan mengulas laporan media yang mendakwa bahawa wanita itu berkemungkinan telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lepas.

Jurucakap itu juga enggan mengulas spekulasi bahawa mayat berkenaan disembunyikan bertujuan untuk membolehkan pihak tertentu terus menerima faedah kebajikan sosial bagi pihak mangsa. - Bernama