BN Negeri Sembilan dijangka ikut Johor
Iklan
DUN Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik sekiranya tidak bersidang selewat-lewatnya 10 Jun ini. - Gambar kecil (Mashitah)
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dijangka mengikut jejak langkah Johor dengan bergerak solo sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, keputusan tidak meneruskan formula kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) itu dibuat atas beberapa faktor.