Johor medan ujian Putrajaya
Iklan
PRN Johor bukan sekadar perebutan 56 kerusi DUN, sebaliknya dianggap ujian paling sensitif terhadap kekuatan formula Kerajaan Perpaduan menjelang PRU16 - Gambar kecil, Khairul Ariffin (kiri) dan Hisomudin Bakar
PRN Johor ke-16 bukan sekadar perebutan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya medan ujian paling sensitif kepada Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Buat pertama kali sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berdepan kemungkinan bertembung dalam pilihan raya negeri ketika kedua-duanya masih berkongsi kuasa di Putrajaya.