SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan siasatan berhubung kes tular seorang lelaki memandu kereta sambil pasangan wanita yang tidak memakai tali pinggang keledar itu duduk menghadapnya.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan penumpang kereta berkenaan.