Raja Perlis mahu MB terus pimpin hingga akhir penggal
Iklan
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berharap Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dapat diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke penghujung penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 tanpa sebarang gangguan.
Titah baginda, kestabilan pentadbiran amat penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negeri.
Iklan
Iklan
“Beta ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Kerajaan ini adalah Kerajaan Beta.
“Justeru, beta berharap agar Mamanda Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri yang ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang akan merencatkan segala perancangan yang telah dirangka,” titah baginda pada Rabu.
Iklan
Demikian titah baginda yang dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika merasmikan Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra di sini.
Dalam titahnya, Tuanku Syed Sirajuddin turut menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar mengenepikan perbezaan dan ego masing-masing serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Iklan
Menurut baginda, kerjasama erat dan berterusan perlu diberikan kepada Menteri Besar bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri.
“Segala perbezaan pandangan dan pertelagahan perlu diselesaikan dengan penuh berhemah dan harmoni.
“Kestabilan politik merupakan satu kriteria yang sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini,” titah baginda.
Sehubungan itu, baginda menyeru semua wakil rakyat supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negeri mengatasi kepentingan peribadi atau politik.
Pada masa sama, baginda mengingatkan bahawa setiap perancangan dan keputusan kerajaan hendaklah berteraskan kepentingan rakyat serta menjurus kepada pembangunan yang seimbang meliputi aspek ekonomi, sosial dan kesejahteraan hidup secara menyeluruh.
Menurut baginda, pembangunan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati hasil kemakmuran negeri secara adil dan saksama.
Tuanku Syed Sirajuddin turut menegaskan bahawa kemajuan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan, malah memerlukan kesungguhan rakyat untuk memperkukuh keupayaan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi cabaran masa depan.
Baginda turut mengingatkan agar sidang DUN dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menjana idea baharu yang bernas dan konstruktif ke arah memajukan Perlis, bukannya menjadi medan pertelagahan atau pertikaman lidah.
“Berhujah dan berbahaslah dengan penuh kebijaksanaan tanpa terpengaruh dengan desakan emosi. Sentiasalah beringat bahawa generasi muda sedang memerhatikan setiap gelagat Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,” titah baginda.
Terdahulu, media melaporkan Sidang DUN Perlis yang bermula Rabu sehingga Jumaat ini dijangka menarik perhatian berikutan desas-sesus akan berlaku usul undi tidak percaya enam wakil rakyat Pas terhadap Abu Bakar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.