Senarai calon PRN tular palsu - BN Johor
Iklan
Abdul Halim
JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor menafikan kesahihan satu senarai nama calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular menerusi media sosial sejak petang tadi. 
Setiausaha BN Johor Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, senarai yang tersebar itu palsu dan sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan spekulasi serta mengelirukan ahli parti.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, proses pemilihan calon untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi BN.
"Saya minta semua pihak, terutama ahli dan penyokong BN agar tidak terpengaruh dengan senarai yang tular itu. Ia adalah rekaan semata-mata. Fokus kita (BN) sekarang adalah memperkemas jentera di peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 
Iklan
Abdul Halim berkata, sebarang pengumuman rasmi mengenai calon BN pada PRN Johor ke-16 ini hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti pada masa yang sesuai.
Terdahulu, tular senarai nama calon BN yang kononnya akan bertanding di 56 kerusi DUN, termasuk nama penyandang kerusi DUN Machap, Datuk  Onn Hafiz Ghazi. 
Iklan
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai calon dikemukakan kepadanya akan dimuktamadkan setelah beliau mengadakan perbincangan bersama pimpinan parti komponen BN.
DUN Johor dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada PRN ke-16, menyaksikan BN bakal  bertanding di kesemua 56 kerusi. - Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>