Bermula Covid-19 berakhir di jenjang pelamin
Iklan
Wan Junaidi dan Fauziah diijabkabulkan pada 10 Disember 2022. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID-SINAR HARIAN
KUCHING - Hubungan yang terjalin melalui aktiviti kebajikan ketika pandemik Covid-19 menjadi bibit permulaan kepada kisah cinta antara Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Merpati dua sejoli itu semakin rapat apabila Fauziah aktif membantu menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik di kawasan Setapak, Kuala Lumpur.