10 bulan lagi dah bubar
Iklan
Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz pada Isnin. Gambar hiasan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 berlangsung pada Mac 2022. Dua hari lepas, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz umumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebetulnya ada 10 bulan lagi waktu wajib penubuhan kerajaan baharu setelah PRN ke-16. Begitulah yakinnya UMNO di Johor. Dalam PRN 2020, BN membentuk kerajaan dengan menang 40 daripada 56 kerusi DUN. Pakatan Harapan (PH) peroleh 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dapat satu kerusi.