Keanggunan wanita-wanita dalam busana tradisional Bidayuh menyerlah ketika menyertai perarakan sempena sambutan Gawai Dayak di Kampung Taee, kira-kira 60 KM dari Kuching, hari ini.
Selain berarak mengelilingi kampung, para peserta turut singgah di beberapa hentian bagi menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan yang menjadi sebahagian daripada perarakan tahunan itu yang diadakan sejak 1970.- Bernama