Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) menunjukkan hasil bahan berita yang dikumpul daripada surat khabar pada bengkel Buku Akhma Akhbar dan Majalah peringkat kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Bengkel Buku Akhma bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar melalui penyampaian kandungan akhbar dalam bentuk yang lebih kreatif, ringkas dan mudah difahami seperti buku katalog, buku diari dan majalah berdasarkan isu yang diminati oleh pelajar. - Bernama