Ketua 'Geng Rames' diheret ke mahkamah

Iklan
Lelaki dipercayai ketua 'Geng Rames', G. Ramesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang. Foto Bernama

ALOR SETAR - Seorang lelaki dipercayai ketua ‘Geng Rames’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.

Mengikut pertuduhan G. Ramesh, 37, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Rames' di Kampung Sungai Division, Kuala Muda, antara Jan 2024 hingga 4 Dis 2025.

Iklan
Iklan

Pendakwaan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 20 tahun.

Ramesh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh diwakili peguam S. Shathish.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu telah ditahan menerusi Ops Tiga pada 22 Mei lepas hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dilaporkan berkata suspek ditahan ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama pihak berkuasa kedua-dua negara itu. - Bernama