Ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).

Iklan
Iklan

Keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).- Bernama