Guna pendekatan hibrid, bukan sekadar potong belanjawan
Iklan
Laporan Sinar Ahad. Gambar kecil: Barjoyai
SHAH ALAM – Kerajaan disaran menggunakan pendekatan hibrid dalam menyusun semula perbelanjaan negara susulan peningkatan beban subsidi bahan api kepada RM5 bilion sebulan dan bukannya semata-mata memberi tumpuan kepada langkah pemotongan belanjawan.
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Datuk Dr Barjoyai Bardai berkata, strategi itu perlu menggabungkan usaha mengurangkan perbelanjaan tidak produktif dengan langkah meningkatkan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pertumbuhan dan hasil baharu kepada negara.