Korban bukan filem koboi
Iklan
Aidiladha menuntut lebih daripada sekadar pemotongan daging dan pengagihan kupon. Ia menuntut 'penyembelihan' ego manusia. Foto fail Bernama
SETIAP kali Aidiladha, ruang maya kita pasti meriah. Ada-ada sahaja cerita lembu atau kerbau korban meloloskan diri. Bagi pemerhati tegar media sosial, insiden sebegini sudah dianggap hiburan bermusim.
Haiwan yang ketakutan diangkat sebagai wira yang berani. Kekalutan manusia pula dijadikan bahan jenaka. Kita ketawa melihat gelagat tersebut. Lucu, kononnya haiwan-haiwan ini enggan berakhir di dalam kuali.