Mental kental senjata utama pendaki sesat
Iklan
Noraini yang berpengalaman dalam pendakian dalam negara turut mengikuti trek The Everest Base Camp (EBC) di Nepal pada penghujung Disember tahun lalu.
SHAH ALAM - Kekuatan mental, kecergasan fizikal dan pengalaman memainkan peranan besar terhadap kemampuan ikhtiar hidup seseorang pendaki yang tersesat di dalam hutan.
Suriani Abdul Mumid, 58, berkata, dengan bekalan terhad, pendaki akan berusaha mencari sumber air bagi meneruskan perjalanan keluar dari hutan.