Empat maut nahas lima kenderaan

Iklan
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan maut di Simpang Renggam pada Isnin. - Foto JBPM Johor

SIMPANG RENGGAM - Empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain di berhampiran Penjara Simpang Renggam di sini pada Isnin.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.16 petang.

Iklan
Iklan

Kenderaan terlibat ialah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E250 dan BMW manakala Toyota Vios dinaiki keempat-empat mangsa yang maut.

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan maut di Simpang Renggam pada Isnin. - Foto JBPM Johor

Iklan

Penumpang bagi kenderaan lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan.

Setakat ini, Sinar Harian masih menunggu kenyataan rasmi pihak polis.

Iklan

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan maut di Simpang Renggam pada Isnin. - Foto JBPM Johor