Sementara yang penuh bermakna
Iklan
Sama ada untuk belajar, bekerja atau sekadar menimba pengalaman, setiap langkah keluar dari kebiasaan adalah pelaburan kepada masa depan sendiri. Foto hiasan
DALAM dunia hari ini, cerita tentang keluarga yang berpindah ke luar negara untuk tempoh sementara bagi melanjutkan pengajian atau kerjaya bukanlah cerita asing.
Penulis dan keluarga juga pernah dua kali melaluinya, dua tahun ketika melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Polisi Alam Sekitar di Sciences Po, Paris dan empat tahun lagi Imperial College London untuk peringkat PhD dalam bidang yang sama.