KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 11 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).