KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.