Enam beranak selamat, bilik tidur terbakar

Iklan
Satariah turut menerima sumbangan daripada Ketua Kampung, Kampung Pandan, Syed Abdul Halim Syed Harman.

AMPANG – Enam beranak terselamat dalam kebakaran melibatkan bilik tidur utama di sebuah rumah teres di Taman Chempaka, di sini, semalam.

Satariah Haya, 55, berkata, ketika kejadian pada jam 10 malam itu, dia bersama ahli keluarga yang lain termasuk menantunya sedang menonton televisyen di ruang tamu yang berada di tingkat bawah kediaman tersebut.

Iklan
Iklan

"Tiba-tiba, kami terdengar bunyi letupan di bilik anak saya di tingkat atas sebelum melihat asap dan api marak di bilik itu. Kemudian kami sekeluarga keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, di sini, hari ini.

Satariah memaklumkan, buat sementara waktu dia tinggal di rumah jirannya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 10.47 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur utama dan keluasan kebakaran dianggarkan 30 peratus sahaja.

Iklan

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.