Pergolakan politik menurut teori Pareto
Iklan
Pergolakan dalam parti politik merupakan fenomena biasa, namun kegagalan melaksanakan peralihan kepimpinan secara teratur boleh mencetuskan konflik dalaman dan menjejaskan kelangsungan sesebuah organisasi politik. - Gambar hiasan
PERGOLAKAN dalam parti- parti politik adalah satu perkara lumrah. Malah politik dan pergolakan memang tidak dapat dipisahkan. Sebab itu mereka yang menyertai politik, terutamanya untuk menjadi pemimpin kerap diibaratkan seperti berumah di tepi pantai. Kalau tidak berani dilambung ombak, tempat mereka bukanlah dalam politik.
Hal ini kerana tiada siapa yang dapat menduga bila ombak besar akan membadai rumah politik yang dihuni sehingga keadaan menjadi tidak tenang, huru-hara atau wujudnya konflik atau pertikaian.