Tiga asas kukuh PRN Johor tahun ini
Iklan
Mohamad Tawfik
SHAH ALAM - Prestasi pentadbiran kerajaan negeri dipimpin Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi diterima baik rakyat, kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan Persekutuan dan perpecahan dalam kalangan parti lawan menjadi antara faktor menguatkan lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dilaksanakan pada tahun ini.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Dr Mohamad Tawfik Yaakub berkata, ketiga-tiga faktor itu memberi kelebihan kepada BN meraih sokongan pengundi jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.