KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan petang ini memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.