Amaran ribut petir di beberapa negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan di Pahang, kawasan terlibat ialah Bentong dan Bera, manakala di Selangor meliputi Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol).

Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Kanowit), Mukah dan Kapit (Song).

Iklan
Iklan

Manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Bernama