PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MoF) memberi amaran keras terhadap penggunaan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
MoF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius beberapa aduan mutakhir melibatkan dakwaan penggunaan maklumat MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi di bawah program BUDI95.