Perjalanan panjang kebangkitan Ujang
Iklan
Ujang menunjukkan majalah Ujang edisi pertama yang dikeluarkan pada Januari 1994. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
DARIPADA seorang budak kampung di Kuala Pilah yang membesar dengan Adat Perpatih, Ibrahim Anon akhirnya mencipta fenomena budaya era 1990-an.
Berbekalkan nama pena Ujang, beliau mencetak sejarah menerusi majalah humor paling laris negara dan menjadi antara pelopor industri animasi tempatan menerusi siri legenda Usop Sontorian.