Seorang maut, lima cedera dalam nahas libatkan Hilux, Alza.

Iklan
Anggota bomba dari BBP Kuala Rompin membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

KUANTAN- Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Muadzam Shah -Bukit Ibam, berhampiran Masjid Kampung Bangkong, Rompin pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kemalangan dilaporkan jam 7.07 petang itu melibatkan Toyota Hilux dinaiki lima lelaki dan Perodua Alza.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua mangsa yang menaiki Toyota Hilux tersepit dan salah seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tiga lagi yang berada dalam kenderaan tersebut dan pemandu MPV hanya cedera ringan," katanya.

Iklan

Mohd Salahuddin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin yang tiba di lokasi kejadian jam 7.36 petang segera menggerakkan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Iklan