Mayat pengendali jetski ditemui 100 meter dari lokasi hilang

Iklan
Mayat mangsa ditemui sekitar jam 6 petang Jumaat. Foto bomba

LANGKAWI - Mayat pengendali jetski yang dikatakan terjatuh pada Khamis ditemui maut kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat Arash Nashran Abdul Maser, 23, dijumpai orang awam yang menaiki jetski di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

"⁠Mayat telah dijumpai pada 29 Mei 2026 jam kira-kira 6 petang di tempat lebih kurang 100 meter dari kawasan hilang oleh orang awam yang menaiki jetski," katanya dalam kenyataan.

Pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi dan menyelamat. Foto Bomba

Iklan

Menurutnya, pengesahan kematian disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 7 petang Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 9.17 malam Khamis berhubung kehilangan mangsa membolehkan SAR dilaksanakan.

Mayat ditemui sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Foto Bomba

"Operasi SAR disambung semula pada Jumaat jam 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor kawasan pencarian berkeluasan 2.54 batu nautika persegi.

"Jumlah aset yang terlibat hari ini adalah empat aset laut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.