KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjelaskan mengenai rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, termasuk semakan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), esok.
Semalam, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk memperbetul pendirian rasmi pentadbiran terdahulu, termasuk melaksanakan semakan berkaitan hak pemberian khas 40 peratus kepada Sabah.