Suami maut diserang penduduk kampung ketika lindungi isteri dituduh ahli sihir

Iklan
Gambar hiasan.

GUJARAT - Seorang lelaki maut manakala dua lagi anak cedera selepas cuba melindungi isterinya daripada serangan sekumpulan penduduk kampung yang menuduh wanita itu sebagai ahli sihir dalam kejadian di Kampung Gadivakda, daerah Sabarkantha, Gujarat, India.

Insiden tragis yang dipercayai berpunca daripada kepercayaan karut itu berlaku selepas khabar angin tersebar dalam kalangan penduduk kampung yang mendakwa seorang wanita dikenali sebagai Kamlaben merupakan seorang ahli sihir.

Iklan
Iklan

Memetik laporan NDTV, sekumpulan penduduk yang bertindak agresif berkumpul dan mengarahkan Manubhai Ramjibhai Damor dan isterinya meninggalkan kampung itu secara kekal.

Keadaan kemudian bertukar tegang apabila kumpulan terbabit bergerak ke arah rumah pasangan berkenaan untuk menyerang Kamlaben.

Iklan

Mereka turut membaling batu ke arah kediaman mangsa sehingga mencetuskan suasana panik.

Manubhai bersama anak-anaknya tampil menghalang dan melindungi wanita itu daripada diserang apabila menyedari isterinya berada dalam bahaya.

Iklan

Bagaimanapun, semasa pergelutan berlaku, kumpulan penduduk terbabit didakwa menyerang keluarga berkenaan menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Manubhai dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan dua lagi ahli keluarganya turut cedera dalam kejadian itu.

Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pusat perubatan berkenaan.

Antara individu yang disiasat polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut. Foto: NDTV

Timbalan Superintendan Polis Bahagian Khedbrahma, Kuldeep Nai berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap 12 penduduk kampung yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Menurutnya, individu yang disiasat terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita yang dipercayai menjadi sebahagian daripada kumpulan penyerang.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut dan sedang mengesan serta memburu semua suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.