Wanita 'supermum' selamat lahirkan bayi ke-22

Iklan
Sue Radford selamat melahirkan anak ke 22 pada 5 April lalu. - Foto TheRadfordfamily

LANCASHIRE - Wanita digelar 'supermum' memiliki anak seramai 21 orang selamat melahirkan bayi perempuan ke-22 pada 5 April lalu.

Wanita dari Britain berkongsi khabar gembira kepada keluarga besarnya dan orang ramai.

Iklan
Iklan

Sue Radford berusia 46, berkata, pada awalnya, dia bimbang untuk melahirkan bayi perempuannya itu ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda negaranya, lapor Daily Mail.

Namun pada masa sama, Sue, suaminya Noel, 49, dan anak-anaknya begitu teruja untuk menemui bayinya tersebut.

Iklan

Katanya, ketika ini dia belum mendaftar nama anaknya kerana bimbang penularan wabak yang semakin berleluasa.

"Di negara ini, kerajaan menetapkan tempoh 42 hari untuk daftar nama anak mereka selepas proses kelahiran. Namun ketika wabak Covid-19 berlaku, mungkin pendaftaran nama ditunda," katanya.

Iklan

Sebelum ini, pasangan itu mengatakan bahawa selepas anak terakhir mereka lahir pada tahun 2018, tidak akan ada lagi ahli keluarga baharu keluarganya.

Pasangan terbabit mempunyai 21 cahaya mata berusia 30 tahun hingga 18 bulan.

Difahamkan, salah seorang anak pasangan itu yang dinamakan Alfie meninggal dunia ketika usia kandungan mencecah 23 minggu pada tahun 2014.

Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria dilengkapi 10 bilik yang dibeli pada tahun 2004.